SESI PENUTUPAN KUNJUNGAN AUDIT DALAMAN MS ISO DAN PENYERAHAN BORANG CADANGAN PENAMBAHBAIKAN (OFI) HASIL PENEMUAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN




Kunjungan Audit Dalaman MS ISO UMS Pada 17 Oktober 2016




SIRI TAKLIMAT KESEDARAN MS ISO (P&P) PENGURUSAN BAHAN PERPUSTAKAAN PADA 12 - 14 OKTOBER 2016

LATARBELAKANG

Program Taklimat Kesedaran MS ISO (P&P) Pengurusan Bahan Perpustakaan ini telah diadakan pada 12 hingga 14 Oktober 2016. Siri Taklimat ini diadakan bermula di Perpustakaan Perubatan pada 12 Oktober dan berakhir di Perpustakaan UMS Kampus Antarabangsa Labuan pada 14 Oktober 2016. Ianya dikendalikan dibawah Jawatankuasa MS ISO (P&P) Perpustakaan. Para Pembentang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kualiti MS ISO (P&P) Perpustakaan iaitu:

1.                     Encik Muhammad Syafaruddin bin Mahali (Pustakawan Kanan)

2.                     Encik Jamiun Micheal (Pustakawan)

3.                     Encik Md Kamil@Kamil Abdullah (Pustakawan)

4.                     Puan Mildah Sauridn (Pustakawan)

5.                     Puan Nurulain Ismail (Pustakawan)
6.                     Puan Jacklyne Johanis@Norazlynne Mohd Johan (Pustakawan)
  
 
OBJEKTIF

1.             Mewujudkan kesedaran dikalangan kakitangan Perpustakaan mengenai Objektif Kualiti Perpustakaan
2.             Memberi makluman kepada kakitangan mengenai dokumen kualiti yang terkini

PERKARA-PERKARA YANG DISAMPAIKAN / DIBINCANGKAN

1.             Perbentangan merangkumi skop:
1.1          Laporan pencapaian objektif kualiti Perpustakaan bagi tahun 2015 dan 2016 (Januari - Ogos)
1.2          Taklimat PU (Prosedur Umum) Perpustakaan
1.3          Taklimat AK (Arahan Kerja) Perpustakaan
2.             Komen/cadangan penambahbaikan oleh peserta taklimat:
2.1          Penanggungjawab PU/AK bagi kakitangan sokongan perlu dikemaskini daripada Pembantu Perpustakaan kepada Pembantu Pustakawan
2.2          Senarai/jenis kerosakan bahan dalam UMS/AK/PU/01/09 Proses Kerja 3 perlu sama dengan Borang Permohonan Tindakan Pembetulan dan Pencegahan

KESIMPULAN / MANAFAAT /  SYOR

Pelaksanaan taklimat ini dapat memberikan penerangan PU dan AK yang lebih menyeluruh dan terperinci, serta dapat membentangkan pencapaian Objektif Kualiti Perpustakaan kepada kakitangan Perpustakaan.




TAKLIMAT KESEDARAN MS ISO DI PERPUSTAKAAN PERUBATAN
 PADA 12 OKTOBER 2016



TAKLIMAT KESEDARAN MS ISO DI PERPUSTAKAAN INDUK PADA 13 OKTOBER 2016
TAKLIMAT KESEDARAN MS ISO DI PERPUSTAKAAN UMSKAL PADA 14 OKTOBER 2016




TAKLIMAT MS ISO 9001:2008
PROGRAM PELAKSANAAN PENGAJIAN PRASISWAZAH SEPENUH MASA UMS (P&P)

Disediakan oleh: Norazlynne MJ


            Taklimat MS ISO 9001: 2008 bagi Program Pelaksanaan Pengajian Prasiswazah Sepenuh Masa UMS (P&P) telah diadakan pada 27 Ogos 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat PAKMA, Jabatan Perpustakaan. Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua kakitangan di Jabatan Perpustakaan berhubung dokumen standard MS ISO 9001:2008 (Sistem Pengurusan Kualiti) bagi Program Pelaksanaan Pengajian Prasiswazah Sepenuh Masa UMS (P & P) yang mengkhusus kepada UMS/PU/01 iaitu Pengurusan Bahan Perpustakaan.

            Taklimat ini dihadiri oleh semua kakitangan Jabatan Perpustakan dan turut hadir adalah Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kualiti MS ISO Jabatan Perpustakaan iaitu Puan Anna Michael (Pengerusi) dan ahli-ahli jawatankuasa Encik Muhammad Syafaruddin Mahali, Encik Jamiun Micheal, Encik Md Kamil Abdullah, Puan Mildah Sarudin, Puan Hetty Hazwani Dzulkifli, Puan Nurulain Ismail dan Puan Norazlynne Mohd. Johan.

            Kakitangan didedahkan dengan Prosedur Utama (PU) dan Arahan Kerja (AK) yang terlibat di dalam pengauditan Standard MS ISO Universiti Malaysia Sabah iaitu:

1.       AK01                [Panduan Perolehan dan Prosesan Bahan Buku Perpustakaan dan Bahan Multimedia
2.       AK02               [Panduan Pengkatalogan Bahan Perpustakaan]
3.       AK03                [Panduan Penghantaran Bahan Perpustakaan]
4.       AK05                [Panduan Penamatan Keahlian Perpustakaan]
5.       AK06                [Panduan Penjilidan Bahan Perpustakaan]
6.       AK08                [Panduan Tuntutan Isu Jurnal Yang Tidak DIterima]
7.       AK09                [Panduan Membaikpulih Bahan Rosak]
8.       AK10                [Panduan Penyusunan Bahan Baru]
9.       AK11                [Pinjaman Pemulangan dan Pembaharuan Bahan]
10.   AK12                [Panduan Perolehan dan Prosesan Bahan Perpustakaan Terbitan Bersiri]

_










 

No comments:

Post a Comment