Jawatankuasa Pengurusan Kualiti MS ISO Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan Kualiti MS ISO Pengurusan Harta Benda Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah merupakan Jawatankuasa Tetap yang telah diwujudkan khas untuk menyokong dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 bagi skop pelaksanaan Program Pengajian Prasiswazah Sepenuh Masa bermula pada tahun 2004 dan Pengurusan Harta Benda Universiti Malaysia Sabah yang bermula pada tahun 2011, dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan mengikut standard yang telah ditetapkan.

Sistem Pengurusan Kualiti ini melibatkan pengorganisasian dan pengurusan sumber secara sistematik bagi menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti bagi tujuan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi kepada pengguna perpustakaan melalui perolehan, pengkatalogan, pemeliharaan dan peminjaman bahan. Pelaksanaan sistem yang betul dan konsisten dapat meningkatkan produktiviti dan menggalakkan penambahbaikan berterusan.

Objektif kualiti perpustakaan:

1.      80% bahan rujukan asas berdasarkan senarai rujukan di dalam struktur kursus   pengajian prasiswazah berada dalam koleksi perpustakaan.

2.      Mengkatalog 85% bahan yang diperolehi oleh perpustakaan.


FUNGSI JAWATANKUASA
1.    Sebagai satu forum untuk membincangkan keperluan MS ISO Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan Pengurusan Harta Benda (HB).
2.    Bertindak sebagai penasihat kepada Ketua Pustakawan dan Perpustakaan mengenai Prosedur Umum Pengurusan Bahan Perpustakaan dan Arahan Kerja MS ISO Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan prosedur yang berkaitan dan Pengurusan Harta Benda (HB) Perpustakaan.
3.    Sebagai perantara antara Perpustakaan dan Juruaudit Dalam dan Luar.

FUNGSI AHLI JAWATANKUASA
1.    Mengkaji dan mengemaskini Prosedur Umum dan Arahan Kerja yang dipegang oleh Perpustakaan UMS (Dokumen Kualiti).
2.    Mengkaji laporan daripada Juruaudit Dalam dan Luar dan memperakukan tindakan susulan yang perlu kepada Ketua Pustakawan.
3.    Melaksanakan taklimat AK dan PU Perpustakaan.

4.    Memastikan pelaksanaan MS ISO Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan Pengurusan Harta Benda (HB) Perpustakaan dipatuhi sama ada di Perpustakaan Induk mahupun cawangan.

No comments:

Post a Comment